Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

[ Komisen Pertama Jualan Minyak Kelapa Dara ]

Syukur alhamdulilah jualan pertama Minyak Kelapa Dara saya tidak lah begitu banyak, syukurlah pada allah inilah pelajaran pertama yang saya kutip untuk mendapatkan ilmu, tentang komisen saya tidak kisah apa pun. Komisen Pertama Hasil Jualan Minyak Kelapa Dara Jualan 200 litres Minyak Kelapa Dara telah membuatkan saya mendapat hasil komisen yang pertama. Nak tahu berapa hasil jualan nya? Tak banyak pun...seingat saya adalah dapat dalam RM 500.00 Sahaja.. Namun saya tidak berputus asa...saya terus mencuba lagi... Mengutip pengalaman bukan mengutip hasil jualan. Walaupun hasil komisen rendah, saya tetap berpuas hati kerana niat saya adalah untuk mengutip pengalaman bukannya mengutip hasil jualan. Cuba bayangkan saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentang Minyak Kelapa Dara masa itu! Pengalaman saya amatlah berharga kerana di sinilah saya bermula dengan perniagaan yang sebenar. Tempahan Minyak Kelapa Dara Berterusan. Tempahan yang pertama membawa

[ Minyak Kelapa Dara Jualan Paling Laris ]

Tahun 2010 adalah tahun yang paling baik dan bagus sekali bila posting saya mendapat respon di dalam salah satu forum yang saya telah iklankan sebelum ini. Di dalam iklan tersebut saya telah pun mengiklankan produk pertama yang saya dagangkan iaitu Minyak Kelapa Dara, agak lama juga respon nya kerana saya tidak membuat pemasaran secara agresif, dan kekurangan Ilmu. Alhamdulilah, Pelanggan pertama saya adalah syarikat dari Kedah. Syarikat ini mengusahakan dan mengkomersialkan produk kesihatan yang berasaskan Minyak Kelapa Dara. Setelah mendapat panggilan dan berkenalan di dalam telefon, syarikat berkenaan bersetuju untuk membuat tempahan dari saya. Tempahan yang pertama adalah sebanyak 200 litres. Walaupun tidak berapa banyak tetapi kesan dari tempahan tersebut telah membuat kan saya rasa bersyukur kerana saya tidak menyangka akan ada yang membeli nya. Jualan meningkat ke 500 litres dari sebelumnya, membuatkan saya terus semangat untuk menjual dengan lebih banyak lagi.

Membekalkan popcorn ke pasar malam

Sahaja saya nak letak tajuk ni, sebelum saya ke pasar malam saya pun dah start business ni.Betul ke betul ? Iya betul saya dah bermula berniaga di rumah sebelum beralih berniaga di pasar malam ! Pesan Guru saya berniaga lah di mana anda boleh mula, slow slow beb... Ceritanya bermula ketika di Pasar Malam Bukit Indah Johor bahru. Inilah marketing yang pertama kali saya buat dalam hidup...heheheh... Waktu tu semasa saya berjalan-jalan di Pasar Malam Bukit Indah saya lihat ramai penjual yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang beraneka jenis nya. Pelbagai ragam dan gaya penjualnya untuk menarik pembeli, malah tak lupa juga pembeli yang datang silih berganti membeli barangan di Pasar Malam. Ketika berjalan di pasar malam itu saya singgah di salah satu gerai seorang peniaga yang menjual air dan ABC, pelbagai jenis air yang di pamerkan, ada air jagung, air tauhu, air durian belanda dan ada beberapa jenis yang lain di pamerkan di atas meja, dan saya pe

Sijil penyertaan dari Akademi Masakan Komersial Malaysia - Chef Li ( Jutawan Senyap )

[ Sijil penyertaan dari Akademi Masakan Komersial Malaysia - Chef Li ( Jutawan Senyap ) ] Pengalaman saya bersama Chef Li ( Jutawan Senyap ) ketika mengikuti Kursus masakan roti canai dan murtabak di Johor Bahru pada 23 Januari 2008. Ketika ini saya sedang mencari peluang dan pengalaman belajar masakan walaupun bukan untuk perniagaan. Saya suka dengan Chef li ( Jutawan Senyap ) kerana banyak pengalaman yang telah di ajar dan banyak juga buku-buku yang di terbitkan seperti: 1. Aku Tak Nak Miskin 2. Biar Kecil Asalkan Berhasil 3. Petunjuk Jalan Kekayaan 4. OKB ! Orang Kaya Bertaqwa Buku-buku ini hebat kerana di sinilah Chef Li ( Jutawan Senyap ) berkongsi kisah suka duka seorang pejuang yang minat berniaga. Dari Mula-mula kerjaya sebagai Banker di Johor Bahru, berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Sukar sekali bila seorang Banker dengan pangkat dan gaji yang lumayan berhenti begitu sahaja. Adakah kita sanggup berhijrah seperti Chef Li ( Jutawan Senyap ) ? Pada pengamatan saya Modul

Sijil Penyertaan Semasa Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan 2006.

  Sijil kursus pengendalian makanan pada tahun 2006. Sijil ini mengingatkan saya ketika hendak bermulanya berniaga di pasar malam. Pentingnya sijil ini bila kita hendak memulakan perniagaan di pasar malam,kantin,restoran-restoran dan lain lain lagi.