Sahaja saya nak letak tajuk ni, sebelum saya ke pasar malam saya pun dah start business ni.Betul ke betul ? Iya betul saya dah bermula berniaga di rumah sebelum beralih berniaga di pasar malam ! Pesan Guru saya berniaga lah di mana anda boleh mula, slow slow beb... Ceritanya bermula ketika di Pasar Malam Bukit Indah Johor bahru. Inilah marketing yang pertama kali saya buat dalam hidup...heheheh... Waktu tu semasa saya berjalan-jalan di Pasar Malam Bukit Indah saya lihat ramai penjual yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang beraneka jenis nya. Pelbagai ragam dan gaya penjualnya untuk menarik pembeli, malah tak lupa juga pembeli yang datang silih berganti membeli barangan di Pasar Malam. Ketika berjalan di pasar malam itu saya singgah di salah satu gerai seorang peniaga yang menjual air dan ABC, pelbagai jenis air yang di pamerkan, ada air jagung, air tauhu, air durian belanda dan ada beberapa jenis yang lain di pamerkan di atas meja, dan saya pe...
Sebagai usahawan minyak kelapa dara yang telah berkecimpung sejak 5 tahun lepas saya memberikan info yang berguna untuk masyarakat tentang hebatnya minyak kelapa dara terhadap kesihatan, malah mampu membantu menambahkan kesihatan secara maksimum. Mudah mudahhan blog ini sedikit sebanyak memberi info yang berguna. Selamat Membaca.