Tahun 2010 adalah tahun yang paling baik dan bagus sekali bila posting saya mendapat respon di dalam salah satu forum yang saya telah iklankan sebelum ini. Di dalam iklan tersebut saya telah pun mengiklankan produk pertama yang saya dagangkan iaitu Minyak Kelapa Dara, agak lama juga respon nya kerana saya tidak membuat pemasaran secara agresif, dan kekurangan Ilmu. Alhamdulilah, Pelanggan pertama saya adalah syarikat dari Kedah. Syarikat ini mengusahakan dan mengkomersialkan produk kesihatan yang berasaskan Minyak Kelapa Dara. Setelah mendapat panggilan dan berkenalan di dalam telefon, syarikat berkenaan bersetuju untuk membuat tempahan dari saya. Tempahan yang pertama adalah sebanyak 200 litres. Walaupun tidak berapa banyak tetapi kesan dari tempahan tersebut telah membuat kan saya rasa bersyukur kerana saya tidak menyangka akan ada yang membeli nya. Jualan meningkat ke 500 litres dari sebelumnya, membuatkan saya terus semangat untuk menjual dengan lebih banyak lagi. ...
Sebagai usahawan minyak kelapa dara yang telah berkecimpung sejak 5 tahun lepas saya memberikan info yang berguna untuk masyarakat tentang hebatnya minyak kelapa dara terhadap kesihatan, malah mampu membantu menambahkan kesihatan secara maksimum. Mudah mudahhan blog ini sedikit sebanyak memberi info yang berguna. Selamat Membaca.